Seramai 100 pelajar daripada golongan asnaf akan manfaat menerusi Program ‘Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu – Back to School for Asnaf’ yang akan dianjurkan di Taj International College (TIC), di sini, pada 3 Januari depan.
Program kebajikan berasaskan pendidikan itu dilaksanakan dengan pendekatan wakaf, bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga kurang berkemampuan bagi membuat persediaan menjelang sesi persekolahan baharu tahun 2026.
Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, program berkenaan bukan sahaja memfokuskan kepada bantuan fizikal, malah turut menekankan aspek kesedaran tentang kepentingan pendidikan serta pengukuhan penglibatan komuniti dalam pembangunan sosial yang mampan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #BacktoSchoolforAsnaf





