IPOH – Kejayaan menyiapkan 100 Ruang Komuniti (RUKOM) di seluruh negara dalam tempoh dua tahun menjadi mercu pencapaian penting Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pencapaian yang berjaya direalisasikan oleh URBANICE Malaysia seperti yang disasarkan itu, bukan sekadar penyediaan ruang komuniti, malah suatu usaha impak besar dan mendalam terhadap pemerkasaan kesejahteraan komuniti yang lebih harmoni serta berdaya huni. – MGPerak





