MGPerak: 1,000 Jemaah Tunai Solat Sunat Tarawih Di Masjid Negeri di Ipoh

19

Jendela Ramadan 1446H dibuka dengan umat Islam mula menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid mahupun surau di seluruh negara.

Mengambil semangat bulan mulia itu, kira-kira 1,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Masjid Negeri Perak, dekat sini, pada Sabtu.

Solat sunat 20 rakaat yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh itu disertai jemaah dalam kalangan penduduk setempat, penjawat awam, pelajar dan sebagainya.

Ia turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Timbalan Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat.

Umat Islam di negara ini mula berpuasa pada Ahad selepas ia diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). – MG Perak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini