Polis merampas sebanyak 123.1 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM4.7 juta di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran loji kawasan perumahan di Taman Pulai Savana, Gerik pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, rampasan itu dilakukan oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
Menurutnya, SUV jenis Honda HRV itu ditemui dalam keadaan berkunci tanpa pemandu dan penumpang. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak