MGPerak: 16,111 Kes Kebakaran Direkod Pada 2025, Babit Kerugian RM2.09 Bilion – JBPM

1

IPOH – Sebanyak 16,111 jumlah kes kebakaran melibatkan struktur dan kenderaan diseluruh negara direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang tahun lalu, dengan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM2.09 bilion.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, namun sebanyak RM6.44 bilion nilai harta berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam penugasan operasi tahun lalu.

Katanya, dalam tempoh sama, sebanyak 98 kes kematian direkodkan dengan 77 terbabit dalam insiden kebakaran struktur dan selebihnya kebakaran kenderaan. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini