IPOH – Seramai 19,012 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima manfaat Kad Perak Sejahtera bernilai RM100 sebulan setakat Februari 2025, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menurut beliau, inisiatif Kerajaan Negeri Perak membantu golongan B40, miskin dan miskin tegar dalam pembelian keperluan asas harian itu boleh digunakan penerima di 291 kedai dan pasaraya panel berdaftar dengan nilai keseluruhan RM1,200 setahun. – MGPerak