Seramai 250 keluarga dari golongan miskin dan miskin tegar di negeri Perak menerima sumbangan Baucar Kelengkapan Persekolahan bernilai RM400 setiap satu menerusi Program Kembali Ke Sekolah 2026 di bawah inisiatif Sejahtera MADANI.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, ia merupakan sumbangan tambahan kepada Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang melibatkan penerima yang berdaftar di bawah sistem eKasih.
Katanya, program berkenaan merupakan usaha dalam membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #BaucarKelengkapanPersekolahan #inisiatifSejahteraMADANI





