MGPerak: 27 Tan Kompos Dari Sisa Makanan Dihasilkan MDKpr Setahun

97

Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menghasilkan sekitar 27 tan baja kompos setiap tahun sejak memulakan inisiatif pengkomposan sisa makanan pada tahun 2009 menggunakan kaedah Takakura Home Method (THM).

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDKpr, Masriza Lazarous berkata, projek ini bermula daripada hasil pembelajaran daripada Profesor Takakura yang memperkenalkan kaedah kompos mesra pengguna domestik.

Menurutnya, kompos tersebut dihasilkan sepenuhnya menggunakan sisa makanan yang boleh didapati di dapur rumah yang juga dikenali sebagai kompos organik. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #bajakompos #majlisdaerahkampar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini