MGPerak: 30,000 Bekas Biskut Raya Rahmah Terjual Dalam Tempoh 7 Hari

134

Sebanyak 30,000 bekas biskut raya ‘Rahmah’ keluaran usahawan tempatan, Khairruni Ahmad Zabidi, 63, habis terjual dalam tempoh tujuh hari walaupun kos bahan pembuatannya semakin meningkat.

Pengusaha Kuih Raya Opah Chik dan Opah Su itu berkata, dia tetap mengekalkan harga Rahmah RM6 sebekas sejak tiga tahun lalu sebagai memenuhi janji kepada pelanggan setianya.

Menurutnya, walaupun berdepan peningkatan kos bahan mentah, komitmen untuk menawarkan harga mampu milik tetap diteruskan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #BiskutRayaRahmah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini