MGPerak: 3,266 Rumah Siap Dibina Di Perak Belum Terjual – Sandrea

58

Sebanyak 3,266 unit rumah siap dibina di Perak direkodkan masih belum terjual setakat ini, menurut data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, susulan itu agensi yang terlibat sedang menggiatkan usaha bagi memperhalusi semula strategi pembangunan perumahan agar memenuhi keperluan sebenar rakyat di negeri ini.

Katanya, namun situasi rumah tidak terjual itu bukan semata-mata berpunca daripada isu harga, sebaliknya turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti lokasi, demografi, pinjaman bank, dan sebagainya. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #NAPIC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini