MGPerak: 660 Peserta Termasuk OKU Pamer Bakat Kulinari Pada MCWC 2025

2010

Seramai 660 peserta dari dalam dan luar negara termasuk orang kurang upaya (OKU) akan menjadi medan peserta untuk mempamerkan bakat mereka dalam bidang kulinari pada Malaysia Culinary World Cup (MCWC) 2025.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jenny Choy Tsi Jen berkata, pertandingan yang mengikut piawaian standard antarabangsa ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun ini di Bulatan Sultan Azlan Shah.

Menurutnya, sebanyak 65 kategori dipertandingkan bagi kategori profesional dan pelajar kulinari pada acara yang diadakan buat kali kedua ini. Terdapat juga kategori OKU bagi dewasa dan kanak-kanak. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini