Kerajaan Negeri Perak terus komited menyantuni rakyat melalui Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) yang berlangsung di MRSM Lenggong. Program yang bermula jam 9 pagi ini menerima 75 aduan melibatkan isu tanah, jalan rosak, lampu, haiwan liar dan bantuan kewangan.
Sebanyak 74 kaunter dan tiga kaunter bergerak dibuka untuk memudahkan rakyat mendapatkan maklumat serta menyuarakan masalah secara langsung. Turut berlangsung, Jualan Murah oleh YBU dan SADC serta Jualan Rahmah oleh SEGI Fresh dan Wretail Enterprise.
Lenggong merupakan lokasi keempat siri HBP tahun ini dan ketiga di luar Ipoh, selari dengan usaha kerajaan negeri memperluas capaian perkhidmatan secara inklusif. Setakat ini, 86% aduan rakyat telah berjaya diselesaikan. – MGPerak