MGPerak: 7,968 Notis Kesalahan Akta 852 Dikeluarkan Di Perak

54

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah mengeluarkan 7,968 notis kesalahan melibatkan tawaran kompaun berjumlah RM479,900 sepanjang tempoh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] bermula 1 Oktober 2024 hingga 21 Ogos lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata,
sepanjang tempoh itu juga sebanyak 1,443 operasi penguatkuasaan dijalankan dengan 21,556 premis diperiksa.

Menurutnya, selain itu, sebanyak 3 kes telah didakwa di mahkamah dengan jumlah denda RM27,000, manakala 31,087 nasihat dan advokasi mengenai Akta 852 diberikan kepada orang ramai. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #jabatankesihatannegeriperak #akta582

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini