IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan sektor sukan disebalik pelbagai usaha dan pembangunan yang dirancang di negara ini.
Katanya, tumpuan terhadap sukan bukan sahaja penting bagi melahirkan atlet berdisiplin dan berdaya saing, tetapi juga berperanan memperkukuh semangat perpaduan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini. – MGPerak