IPOH – Kewujudan dan pembangunan Apple Education Classroom di Politeknik Ungku Omar atau PUO di sini menjadi antara pemangkin baharu dalam agenda pendigitalan pendidikan negara.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, ia selaras dengan usaha memperkasa kaedah pengajaran serta pembelajaran yang lebih inovatif, interaktif dan relevan dengan keperluan industri semasa.
Katanya, inisiatif itu juga membuka peluang kepada pelajar PUO untuk merasai pengalaman pembelajaran pintar atau ‘smart learning’ yang selari dengan perkembangan teknologi global. – MGPerak





