MGPerak: Ayam RM10 Seekor Jadi Rebutan Jualan Rahmah Sempena WCIT 2024

124

IPOH – Segmen Jualan Rahmah yang diadakan pada Karnival Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya dekat sini antara yang mendapat sambutan menggalakkan.

Orang ramai dan penduduk sekitar tidak melepaskan peluang dalam mendapatkan pelbagai barang keperluan di 14 reruai sejak hari pertama berlangsung pada Isnin.

Pengurus Bahagian Perniagaan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Mohd Farid Mohammad berkata, ayam segar seberat kira-kira 1 kilogram (kg) seekor dijual pada harga RM10 antara yang mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini