MGPerak: Banduan Yang Dibebaskan Wajar Dibantu Bina Hidup Baharu – Sultan Nazrin

36

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan agar Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Penjara Perak dapat bekerjasama bagi merintis usaha untuk membantu banduan-banduan yang dibebaskan dari penjara.

Titah baginda, Jabatan Mufti Negeri telah dititahkan untuk mengkaji sama ada banduan yang dibebaskan dari penjara tergolong dalam mana-mana asnaf yang layak diberikan bantuan daripada dana zakat.

Sultan Nazrin bertitah, MAIPK boleh berperanan konstruktif untuk membantu banduan yang telah selesai menjalani hukuman bagi memulakan hidup baharu. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini