Penemuan lebih 100 ekor bangkai ikan di Sungai Kinta di sini, baru-baru ini, dipercayai berpunca daripada pembuangan ikan ternakan yang telah mati ke dalam sungai, dan bukan disebabkan pencemaran air.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Teh Kok Lim berkata, siasatan yang dijalankan Jabatan Perikanan Perak dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Perak mendapati kualiti air sungai tersebut berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini pihak berkuasa masih belum dapat mengenal pasti individu atau pihak yang bertanggungjawab membuang ikan-ikan tersebut ke dalam sungai berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak