Seramai 306 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk calon persendirian di Perak terpaksa dipindahkan ke pusat peperiksaan baharu ekoran kejadian banjir di negeri ini, pada Isnin.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kesemua mereka merupakan calon SPM yang berada di daerah Teluk Intan, Bagan Datuk, dan Manjung.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 67 calon dan 11 calon persendirian dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Rahman Talib di Teluk Intan dipindahkan ke pusat peperiksaan baharu di SMK Seri Perak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #banjirperak #calonSPM





