Kelekaan tiga lelaki membuka penutup lubang utama kabel Telekom Malaysia (TM) memakan diri apabila mereka ditangkap polis dalam kejadian di Padang Gajah, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, kesemua suspek berusia antara 26 hingga 27 tahun itu ditahan dalam satu serbuan sekitar jam 12.20 tengah malam.
Menurut beliau, pihak polis turut mendapati ketiga-tiga suspek baharu sahaja menjinakkan diri dalam kegiatan mencuri kabel TM di daerah Taiping.