GOPENG – Penganjuran bazar Ramadan tahun ini di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak tidak dikenakan sebarang syarat tambahan, namun aspek kebersihan, kelestarian alam sekitar dan pematuhan peraturan sedia ada terus diberi penekanan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, setakat ini semua PBT menganjurkan bazar Ramadan cuma jumlah dan tempat berlainan mengikut lokasi.
Menurutnya, larangan sepenuhnya terhadap penggunaan plastik sekali guna masih belum diperluaskan kepada premis makanan dan pasar. – MGPerak





