Belanjawan Perak 2025 yang dijangka dibentangkan akhir bulan ini akan menumpukan usaha dalam membangunkan sektor pelancongan sebagai penyediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri yang diadakan baru-baru telah memutuskan Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee untuk melihat jika ada keperluan untuk membuat persiapan pada tahun hadapan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak