IPOH – Para peniaga kecil di sini menaruh harapan tinggi agar Belanjawan Negeri Perak 2026 yang bakal dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, dapat merangkumi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada golongan itu.
Mereka yang ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak memberitahu ia penting agar peruntukan kerajaan negeri dapat disalurkan kepada beberapa inisiatif di samping memberi lebih banyak perhatian terhadap kelangsungan perniagaan mereka. – MGPerak