TELUK INTAN – Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cedera dalam nahas jalan raya di Teluk Intan Selasa lalu menyifatkan ia sebagai peristiwa paling berat untuk diterima apabila kehilangan sembilan rakan sepasukan sekelip mata.
Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, berkata, walaupun terselamat daripada nahas berkenaan, kehilangan itu sememangnya amat sukar untuk diterima.
Malah katanya, ketika sedang dirawat di Hospital Teluk Intan sebaik selepas nahas berlaku, dia masih memikirkan keadaan rakan-rakannya yang lain. – MGPerak