IPOH – Orang ramai dinasihati meneliti nombor akaun masjid kariah masing-masing sekiranya berhasrat menyumbang bagi membantu menebus tanah Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu, Bagan Serai.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bertujuan mengelak berlaku kejadian pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai.
Saarani berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan pekeliling kepada semua pengerusi masjid di negeri ini bagi menyalurkan sumbangan kutipan Jumaat pada minggu ini bagi tujuan tersebut. – MGPerak