Lebih 400 batang buluh lemang disediakan pada Program Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Media Perak, di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya pada Khamis.
Program Majlis Berbuka Puasa itu juga sebagai usaha merapatkan lagi kerjasama antara JBPM Negeri bersama pengamal media di Perak.