GOPENG – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng, di sini yang mencecah berusia 80 tahun akan berwajah baharu menerusi pembangunan semula bangunan sekolah daif membabitkan peruntukan berjumlah RM14.5 juta.
Peruntukan projek pembinaan semula bangunan sekolah itu diluluskan bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, projek bangunan tiga tingkat yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dijangka bermula pada hujung tahun ini dan mengambil masa 22 bulan untuk disiapkan. – MGPerak





