Perbezaan resam dan warna kulit tidak menjadi tembok pemisah bagi sesiapa untuk mempelajari atau mengetahui sendiri adat dan budaya kaum lain.
Atas semangat perpaduan, sekumpulan peserta berbangsa Melayu turut mengambil bahagian dalam pertandingan hiasan kolam bersempena dengan Temasya Budaya @ Negeri Perak, di Dataran Menara Condong, dekat sini, pada Jumaat.