IPOH – BIM Challenge 2025 menjadi medan cetusan inovasi dalam melahirkan pelajar berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang pendigitalan pembinaan menerusi teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr Zamzam Mohd Walid berkata, pertandingan itu antara inisiatif JPPKK dalam membentuk pelajar yang berdaya cipta, kreatif serta kritis, selaras dengan kehendak kemahiran abad ke-21. – MGPerak