Selepas lebih puluhan tahun menanti, seramai 42 orang peserta FELCRA Seri Gala di Slim River, dekat sini menerima geran hak milik masing-masing, pada Sabtu.
Masli Malek, 63, berkata, perasaan gembiranya bercampur dengan rasa pilu tatkala mengenangkan ramai rakan-rakan seperjuangan yang telah pergi terlebih dahulu sebelum sempat merasa memiliki geran sendiri.
Malah datuk kepada enam cucu itu memberitahu dia juga seolah-olah hampir tidak percaya apabila usaha yang digerakkan lebih daripada 20 tahun itu menemui garisan penamat. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #FELCRA





