TANJUNG MALIM – Kerajaan Perak akan membentangkan kertas Cadangan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rekod Elektronik dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Isnin depan.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A Sivanesan berkata, ia susulan cadangan larangan penjualan rokok elektronik atau vape yang diusulkan sebelum ini. – MGPerak