IPOH – Jabatan Perikanan Perak bersama agensi berkaitan dalam proses semakan teknikal dan penilaian menyeluruh untuk mewartakan lombong Sungai Galah, Kampung Gajah sebagai Zon Industri Akuakultur.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, penilaian yang dilakukan meliputi aspek keselamatan, kesesuaian tapak, kualiti air serta kapasiti stok ikan. – MGPerak