MGPerak: Chalet Mesra Keluarga, Rancakkan Pelancongan Pinggir Bandar

35

Terletak di kawasan berbukit di Chemor, SkyView Village di Desa Ulu Chemor, kini muncul sebagai destinasi percutian mesra keluarga baharu yang semakin mendapat perhatian baik daripada pengunjung tempatan mahupun luar negeri.

Mula beroperasi sejak Julai lalu, chalet yang dibangunkan di kawasan seluas 0.81 hektar itu menawarkan pengalaman percutian berasaskan alam semula jadi dengan suasana yang tenang, sejuk dan jauh daripada kesibukan kota.

Pengusaha SkyView Village, Mohamed Nordin Abdullah, 60, yang bersara sebagai penjawat awam pada tahun lalu memilih untuk tidak berehat sepenuhnya, sebaliknya membuat keputusan untuk terlibat dalam sektor pelancongan secara serius. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #SkyViewVillage #DesaUluChemor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini