Daerah Perak Tengah boleh dijadikan sebagai perintis bagi penggiat teater untuk memperkenalkan seni dan budaya kepada masyarakat di Perak menerusi pementasan teater Cicit Wan Lebo.
Penasihat Program Teater Cicit Wan Lebo, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, program seumpamanya membantu mengetengahkan keistimewaan yang terdapat di daerah sekitar negeri ini dari segi nilai sejarah, warisan, seni, budaya, makanan dan loghat bahasa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak