GOPENG – Proses menaik taraf padang bola sepak di Stadium Perak dekat sini mengalami sedikit kelewatan berikutan keperluan pematuhan spesifikasi teknikal serta faktor cuaca, namun kerja-kerja masih diteruskan dan dijangka siap dalam masa terdekat.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, kelewatan berlaku kerana semua kerja perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, termasuk memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan baik sebelum projek dapat disiapkan sepenuhnya. – MGPerak





