Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan agar menilai semula kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi skim Pembantu Tadbir di seluruh negara.
Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, cadangan itu wajar dilaksanakan kerana kumpulan penjawat awam itu kini menjalankan tugas jauh melebihi skop fungsi asal.
Malah katanya, kebanyakkan anggota pembantu tadbir di pelbagai jabatan serta agensi kerajaan mahupun badan berkanun telah memiliki kelayakan akademik lebih tinggi daripada syarat minimum kemasukan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #cuepacs #kenaikangajitahunan