IPOH – Polis berjaya membongkar stor penyimpanan dadah jenis methamphetamine dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM37.3 juta yang berselindung di sebalik sebuah banglo di sini pada Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan itu dijalankan JSJN Bukit Aman dan JSJN Kontinjen Perak selepas menerima maklumat berhubung sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga asing.
Menurutnya, dua individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terbabit dengan sindiket tersebut turut ditahan dalam serbuan itu. – MGPerak





