MGPerak: Dangau Mak Ani Hidang Menu Kampung Gamit Pelancong Dalam Dan Luar Negara

87

PEMINAT masakan kampung asli yang ingin menikmatinya dalam suasana tenang dikelilingi persekitaran hijau sambil ditemani bunyi unggas boleh merasai pengalaman itu di Dangau Mak Ani yang terletak di Kampung Chepor, Lenggong.

Dibuka pada tahun 2019, pondok tersebut telah menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara antaranya Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Singapura, China dan Jepun.

Malah pelancong dari luar negara yang singgah ke dangau itu turut mengagumi keenakkan makanan kampung yang jarang ditemui pada zaman sekarang. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini