MGPerak: Dicuri, Dirosakan Mat Rempit Alasan Pekerja Stesen Minyak Simpan Alat Pemadam Api

211

Kecurian serta kerosakan alat pemadam api oleh individu tidak bertanggungjawab termasuk ‘mat rempit’ antara alasan diberi pekerja Stesen Minyak sekitar Ipoh yang menyimpan alat berkenaan selepas jam 10 malam.

Ops Terjah Alat Pemadam Api (APA) yang dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah memeriksa 135 premis stesen minyak seluruh negeri ini, pada malam Khamis.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, sebanyak 124 kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 52, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dengan nilai kompaun keseluruhan berjumlah RM12,700.

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini