MGPerak: Disengat Obor-Obor: Tiga Peserta Telah Dibenarkan Discaj

97

Tiga peserta kanak-kanak yang cedera selepas disengat obor-obor dalam acara renang laut terbuka di Pantai Pantai Teluk Senangin, dekat sini berada dalam keadaan stabil.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, ketiga-tiga mangsa itu juga telah dibenarkan dicaj atau pulang ke rumah selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung, pada Sabtu.

Katanya, mereka merupakan antara 30 daripada 225 peserta yang cedera disengat obor-obor ketika menyertai acara renang laut pada program Teluk Senangin Open Water Swim 2025. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #telukSenanginOpenWaterSwim2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini