Bagi pencinta haiwan serta mereka yang gemarkan aktiviti santai bersama keluarga, D’Pets Kingdom adalah destinasi ideal untuk menikmati waktu berkualiti sambil mendekati pelbagai jenis haiwan comel dan eksotik dalam suasana mesra pengunjung.
Premis ini dibuka pada November 2024 di sebuah bangunan dua tingkat yang terletak dalam kawasan seluas 0.4 hektar di Pusat Perdagangan Greentown dan kini menjadi salah satu tarikan baharu di bandar raya Ipoh.
Jurucakap D’Pets Kingdom, Nor Nadia Amalina Zulkifle berkata, premis tersebut adalah pet centre (sebuah pusat haiwan peliharaan setempat) yang menempatkan beberapa tarikan seperti petting house, hotel haiwan, kafe mesra haiwan dan perkhidmatan dandanan haiwan (pet grooming). – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak