Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput, pada Selasa atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik minggu lalu.
Tertuduh, Lee Kin Peng, 52, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Asyifa Redzuan.