IPOH – Dua lelaki yang terlibat kegiatan along dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat, atas lima pertuduhan melakukan khianat dengan api menggunakan ‘molotov cocktail’ di sekitar Ipoh dan Kampar, bulan lalu.
Tertuduh, Kok Wan Liang, 37, yang bekerja sebagai penghantar makanan mengaku bersalah sementara rakannya, Lin Jia He, 25, minta untuk dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. – MGPerak