MGPerak: Dua Rakan Didakwa Eksploitasi Seks Dua Beradik Kembar Bawah Umur

84

MANJUNG – Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen Seri Manjung, pada Rabu atas dua pertuduhan memperdagangkan adik beradik kembar bawah umur bagi tujuan eksploitasi seksual sejak Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Mustaqim Mohd Zuber, 25, dan Syazwani Mohd Hashim, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka yang masih bujang didakwa memperdagangkan dua remaja perempuan masing-masing berusia 14 tahun bagi maksud eksploitasi seks. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini