Seorang ibu tunggal yang pernah bergelar asnaf kini bersyukur telah keluar daripada kategori itu selepas mengikuti Kursus Refleksologi dan Urutan di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A), anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Kesusahan dialami Norimah Sidek, 47, telah berakhir dan kini mampu menyara empat orang anaknya yang sedang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dan bersekolah rendah.
Dia bersyukur mampu hidup lebih selesa selepas mengusahakan perkhidmatan refleksologi dan urutan hasil bantuan dan sokongan MAIPk. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak