IPOH – Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Setia, Ipoh mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi sekolah bandar pertama di Malaysia melaksanakan projek penanaman padi yang diberi nama ECORICE SKSR.
Ini membuktikan projek penanaman padi bukan terhad dijalankan di kawasan kampung tetapi boleh juga dilakukan di kawasan bandar seperti mana yang dilaksanakan sekolah berkenaan.
Guru Besar, SK Rapat Setia, Nor Hizan Abd Jalil berkata, projek penanaman padi secara itu tidak langsung dapat mendidik murid mengenai proses penghasilan makanan ruji negara bermula dengan menanam padi sehinggalah menjadi beras dan nasi secara tradisional.