MGPerak: Edar Dadah, Dua Warga Indonesia Berdepan Hukuman Gantung

148

TELUK INTAN – Dua warga asing berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah seberak 10.6 kilogram (kg) minggu lalu.

Tertuduh yang juga wargaa Indonesia, Jasli, 48 dan Budi Heriansyah, 42, faham akan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Melayu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai nelayan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini