MGPerak: Gangguan Bekalan Air Di Muallim Dijangka Pulih Sepenuhnya Petang Ini – EXCO

162

IPOH – Gangguan bekalan air yang membelenggu penduduk di daerah Muallim akibat paip air pecah susulan kejadian kepala air di Sungai Slim Jumaat lalu dijangka pulih sepenuhnya petang ini.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, setakat ini, kira-kira 60 peratus masalah gangguan air di daerah itu telah selesai malam tadi.

Menurutnya, bagi kawasan yang masih terjejas, Lembaga Air Perak (LAP) telah membekalkan air bersih menerusi tangki air sementara sehingga masalah tersebut selesai. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini