SIMPANG PULAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak memaklumkan bahawa pihak yang dipercayai terlibat dalam kejadian pencemaran habuk hitam di dua kawasan perumahan di Taiping baru-baru ini akan didakwa dalam masa terdekat.
Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, setakat ini punca kejadian telah dikenal pasti, dan pihak berkenaan dijangka akan didakwa di Mahkamah Taiping. – MGPerak