IPOH – Kira-kira 5,000 penduduk negeri Perak khususnya dari Ipoh menyertai Malam Taqarrub bersama Anak Muda Sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini, malam tadi.
Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah oleh pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin, Maahad Tahfiz Al Khalidiah dan Maahad Tahfiz Insitut Tadbiran Islam Perak (INTIM). -MGPerak